PILIHANKU

TAJAAN

10 Julai 2010

LUNA MAYA MOHON KEAMPUNAN...?

<strong>Luna Maya (kiri) dan Ariel.</strong>
<strong>CUT TARI menitiskan air mata ketika membuat kenyataan meminta maaf.</strong>
Mohon keampunan keluarga, pemimpin, peminat dan seluruh penduduk Indonesia


JAKARTA: Dua orang aktres terkenal Indonesia yang dituduh pelaku dalam video seks bersama vokalis kumpulan Peterpan, Ariel iaitu Luna Maya dan Cut Tari meminta maaf kepada pemimpin, masyarakat dan keluarga masing-masing atas skandal yang menggemparkan negara itu.


Polis semalam mengesahkan bahawa Luna Maya dan Cut Tari masing-masing akan didakwa sebagai suspek dalam kes yang melanggar undang-undang pornografi itu.


Luna Maya, 26, aktres kacukan Bali-Austria muncul melalui Metro TV kelmarin untuk menyatakan perasaan hatinya.

Berbeza dengan Cut Tari yang dilaporkan menangis, Luna dikatakan langsung tidak menitiskan air mata sebaliknya bekas pengacara Dahsyat itu masih tersenyum selepas memohon maaf.

“Saya juga ingin minta maaf pada keluarga saya yang mungkin, ya saya benar-benar minta maaf pada semua. Jadi... emm mudah-mudahan (dimaafkan).

“Sebagai warga negara yang taat kepada undang-undang, saya percayakan pada pihak yang berwajib menjalankan proses siasatan dan mudah-mudahan masalah ini boleh diselesaikan secara damai, tidak ada pihak lagi yang merasa rugi. 
“Sekali lagi saya minta maaf atas berita mengejutkan mengenai saya. Itu saja. Saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum,” kata Luna Maya.

Sumber: Sedutan daripada Berita Harian Online, 10/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan