PILIHANKU

TAJAAN

10 Julai 2010

PENASIHAT PKR BAYAR CNN...?

Anwar didakwa bayar CNN

KUALA LUMPUR 9 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.
Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, pada masa sama Anwar juga menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.
Rasionalnya dakwaan itu, tegas Trevino, bagaimana perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi.
"Wawancara adalah sebahagian daripada misi lawatan mohon maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Yahudi yang diucapkan. Kesimpulannya, media Barat telah membuat liputan yang salah.
"Wawancara oleh CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-Yahudi)," katanya seperti yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger.
Dalam rancangan temu bual Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara.
Antara tuduhannya dalam rancangan itu, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan