PILIHANKU

TAJAAN

03 Julai 2010

TURKI: ISRAEL MESTI BAYAR GANTI RUGI...?

Turki tuntut Israel memohon maaf

ISTANBUL 2 Julai - Turki memaklumkan Israel mengenai langkah-langkah yang mesti diambilnya untuk memulihkan hubungan yang rosak selepas komando rejim Zionis menggempur sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada 31 Mei lalu.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davu toglu hari ini berkata, kata dua Turki itu diberikan dalam rundingan sulit dengan Israel di Brussels pada minggu ini.Turki yang dahulunya sekutu terdekat Israel dalam kalangan negara Islam menuntut Israel memohon maaf, membayar ganti rugi, mempersetujui inkuiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai insiden itu dan menarik balik sekatan ke atas 1.6 orang juta penduduk Palestin di Gaza.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan