PILIHANKU

TAJAAN

31 Ogos 2010

BERITA RINGKAS BERITA HARIAN...?


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, bersama-sama melaungkan 'Merdeka' pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
ORANG ramai mengibarkan Jalur Gemilang ketika lagu patrotik dimainkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. Sambutan bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi' mencatat sejarah kerana ia kali pertama diadakan di stadium tertutup. - Foto BERNAMA
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri di depan 3,000 hadirin pada majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan, malam tadi. - Foto Zulkifle Che Abdullah

Sumber: Berita Harian Online, 31/8/2010

INSIDEN YANG MEMALUKAN RAKYAT INDON...?

Rumah warga Malaysia dilempar batu dalam aksi sweeping

31/08/2010 8:33pm

JAKARTA 31 Ogos - Rumah seorang jurutera Malaysia telah dilempari batu besar dalam tindakan usir atau “sweeping rakyat Malaysia” oleh sekumpulan lima lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Ketapang, Kalimantan Barat, Ahad lalu.
Difahamkan dalam insiden pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pelekat di baju dengan tulisan “Ganyang Malaysia” telah membaling seketul batu besar ke arah jurutera berkenaan yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan setelah mendengar bunyi bising di luar rumah.
Mereka menjeritkan kata-kata “You Malaysia balik!” Jurutera berusia 60 tahun itu bagaimanapun sempat menutup pintu banglonya sebelum batu berkenaan menghentam pintu tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/8/2010

TAK TAHU ERTI KEMERDEKAAN...?

Operasi “Ops Sayang": 22 pasangan dicekup JAIS

31/08/2010 4:49pm

SHAH ALAM— Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam “Operasi Sayang” sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini.
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.
Sumber: Kosmo! Online, 31/8/2010
Komen penulis: Mereka ini sebenarnya tidak mendapat fadilat Ramadan...? Jika puasa pun, puasa adat...?

MAUT KERETA TERHUMBAN KE TERUSAN...?

Warga emas maut kereta masuk terusan di Yan

31/08/2010 1:17pm

YAN 31 Ogos — Seorang lelaki maut apabila keretanya terhumban ke dalam terusan di Kilometer 29.8, Batu 18, Jalan Sungai Petani-Alor Setar di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, Eoi Ah Ba @ Ooi Ming Yor, 64, yang tinggal Simpang Empat, Alor Setar dalam perjalanan dari arah Guar Chempedak untuk pulang ke rumahnya di Alor Setar.
Ketua Trafik Yan, Insp. Ahmad Salimi Md Ali berkata, siasatan awal polis mendapati kenderaan jenis Proton Persona yang dipandu lelaki itu hilang kawalan lalu merempuh papan tanda sebelum terhumban ke dalam terusan Wan Mat Saman yang dipenuhi air.
Sumber: Kosmo! Online, 31/8/2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...?


Selamat menyambut hari kebangsaan atau kini hari kemerdekaan ke-53 kepada rakyat Malaysia semoga negara kita kekal aman dan sejahtera serta terus berkembang maju sebagai sebuah negara maju yang dikagumi. Fahamilah erti kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya. Janganlah ada lagi segelintir daripada kita menyalahgunakan sambutan kemerdekaan dengan perlakuan songsang dek kerana dangkal akal dan iman.
Cuba renungkan sejenak tentang aktiviti songsang yang sering dilakukan sempena tiba hari merdeka:-
Remaja isikan makna kemerdekaan dengan 'merempit'
Menambah dosa dengan adegan sosial songsang..
Air syaitan ditogok tanpa rasa berdosa...

PERANGI DADAH: GAGAL KERANA POLIS RASUAH...?




Mexico has sacked 3,200 federal police officers, around 10 per cent of its force, in a bid to crack down on corruption, the government announced.
Facundo Rosas, the police commissioner, said at a news conference on Monday that the officers had failed to pass "confidence tests".
More than 450 of them are accused of committing crimes. Another 1,485 officers expected to lose their jobs in the coming weeks, Rosas said.
The commissioner's announcement is aimed at bolstering confidence in the Mexican federal police, who have taken a leading role in the country's four-year-old drug war but are widely viewed as incompetent and corrupt.

Sumber: Aljazeera.Net, 31/8/2010

USD 100,000 PALSU ANGKARA PELAJAR NIGERIA...?

Awang Hitam cetak wang palsu


SEBAHAGIAN wang palsu dan alatan seks yang dirampas daripada beberapa suspek pada sidang akhbar di Kajang semalam.


KAJANG – Sepasukan polis tidak menduga kedatangan mereka ke sebuah rumah di Bandar Sungai Long di sini untuk meleraikan satu kes pergaduhan rupa-rupanya membongkar tembelang tiga pelajar warga Nigeria termasuk seorang wanita yang mencetak 100,000 mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) palsu.
Kegiatan yang dilakukan sejak dua bulan lalu itu terbongkar pukul 10 malam Khamis lalu sebaik polis menerima satu panggilan dari seorang wanita Nigeria berusia 23 tahun mengatakan terdapat pergaduhan bermotifkan cemburu antara dua orang lelaki di rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis kemudian telah meleraikan pergaduhan antara kedua-dua orang lelaki itu.
Katanya, polis yang curiga kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemukan sebuah beg berisi 10 bungkus mata wang AS$ yang setiap satunya mengandungi 10,000 keping kertas yang telah dan belum dicetak disembunyikan di sebuah bilik.
Sumber: Kosmo! Online, 31/8/2010

KLIA 2 GANTI LCCT...?

KLIA 2 ganti LCCT pada 2012


GAMBARAN artis bentuk terminal baru KLIA 2 di Sepang yang pembinaannya dijangka siap pada April 2012.


SEPANG - Terminal dan Kompleks Tetap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini bakal siap pada pertengahan tahun 2012.
Terminal baru itu yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion dibina bagi menampung pertumbuhan trafik penerbangan yang makin meningkat dan bakal menampung sehingga 30 juta penumpang setahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, KLIA 2 merupakan satu keperluan kerana kapasiti LCCT sekarang hanya mampu menampung sehingga 15 juta penumpang setahun.
Sumber: Kosmo! Online, 31/8/2010

ISU PERKAUMAN MESTI DIBENDUNG...?


Jangan biarkan isu perkauman hancurkan semua yang dibina

30/08/2010 8:27pm

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama.
"Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata.
“Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada,” kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-53 yang akan disambut esok.

Sumber: Utusan Malaysia Online,31/8/2010

SUSPEK LETUPAN BOM AKAN DITANGKAP...?

Suspek kes bom buatan sendiri meletup dikenal pasti

30/08/2010 10:24pm

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Suspek utama kes bom buatan sendiri yang meletup semalam, menyebabkan seorang pekerja wanita siber kafe maut dan seorang pekerja lelaki cedera parah di Cheras, dijangka akan ditahan tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, suspek, seorang lelaki yang juga merupakan seorang kontraktor berumur 45 tahun, dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh dari kawasan kejadian, suspek telah dikesan berada di situ  sewaktu kejadian itu berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi utama yang berkemungkinan suspek mungkin berada dan dijangka akan ditahan selewat-lewatnya malam ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/8/2010

30 Ogos 2010

MAKAN KEMALUAN HAIWAN...?

Pertandingan memasak kemaluan haiwan


DUA wanita menikmati makanan yang dimasak pada Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh di Ozrem, Serbia kelmarin.


OZREM, Serbia - Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh diadakan di sebuah kawasan perkampungan di sini kelmarin.
Pada pertandingan itu, para peserta yang terdiri daripada tukang masak akan memasak kemaluan pelbagai jenis haiwan seperti lembu jantan, unta, burung unta dan kanggaru.
"Tujuan festival ini adalah untuk kegembiraan, makanan dan keberanian," kata pakar tukang masak kemaluan haiwan yang merupakan penganjur festival itu, Ljubomir Erovic.
Di Serbia, makanan yang dimasak daripada kemaluan haiwan itu digelar buah pinggang putih. Kemaluan haiwan itu dianggap kaya dengan hormon tertosterone dan berkhasiat untuk lelaki.
Sumber: Kosmo! Online, 30/8/2010

BILIK TIDUR DI DASAR LAUT...?

Bilik hotel dikelilingi ikan


GAMBAR menunjukkan sebuah bilik hotel yang terletak di bawah laut di Pulau Rangali, Maldives.


MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.
Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.
Sumber: Kosmo! Online, 30/8/2010

GUNUNG SINABUNG MELETUS DI MEDAN...?

Ribuan lari gunung berapi meletus


GAMBAR menunjukkan Gunung Sinabung meletus di daerah Tanah Karo, di luar bandar Medan, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam.
Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Kosmo! Online, 30/8/2010

NAMEWEE PATUT HUKUM BUANG NEGERI...?

Perkasa cadang Namewee dibuang negeri

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/8/2010

SAMAN PETRONAS...?

Kerajaan Kelantan saman Petronas

2010/08/30

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan hari ini memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Mahkamah Tinggi di sini berhubung dakwaan melanggar kontrak. 

Saman difailkan di Bahagian Pendaftaran Perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9.30 pagi ini.

Sumber: Berita Harian Online, 30/8/2010

AC MILAN Vs LECCE: 4 - 0...?

AC Milan's Brazilian forward Ronaldinho

AC Milan's Brazilian forward Ronaldinho (L) runs for the ball with Lecce's defender Giulio Donati during the Serie A football match AC Milan vs Lecce, at San Siro Stadium, in Milan, on August 29, 2010. AFP PHOTO / GIUSEPPE CACACE

Keputsan Liga Serie A Itali

2010/08/30

  • Bari 1 (Donati 43) Juventus 0 
  • AC Milan 4 (Pato 16, 28, Thiago Silva 23, Inzaghi 90) Lecce 0 
  • Chievo 2 (Moscardelli 14, Pellissier 83-pen) Catania 1 (Ricchiuti 22)
  • Fiorentina 1 (D’Agostino 50) Napoli 1 (Casani 7) 
  • Palermo 0 Cagliari 0 
  • Parma 2 (Bojinov 11, Morrone 45) Brescia 0
  • Sampdoria 2 (Cassano 60-pen, Guberti 71) Lazio 0. - AFP 

REAL MADRID Vs REAL MALLORCA: 0 - 0

Mourinho and Real flop, Barcelona win in Spanish League
Real Madrid's Portuguese Cristiano Ronaldo (R) vies with Mallorca's Portuguese Jose Carlos Araujo Nunes (L) during their Spanish League football match at Iberostar Stadium in Palma de Mallorca. Jose Mourinho's Real Madrid career began on a low note with a disappointing 0-0 draw at Real Mallorca that did little to suggest his team can dethrone current champions Barcelona.
Christiano Ronaldo
Aksi Ronaldo di Real Madrid masih belum menemukan rentak sebenar....?

CITY TEWAS 0 - 1...?

Emmanuel Adebayor
Emmanuel Adebayor reacts to a missed chance.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA INGGERIS 29/8/2010
  • Aston Villa 1 - Everton 0
  • Bolton Wanderers 2 - Birmingham City 2
  • Liverpool 1 - West Bromwich Albion 0
  • Sunderland 1 - Manchester City 0
  • Aston Villa 1 - Everton 0

KESUDAHAN AMERIKA DAN NATO DI AFGHANISTAN...?

A soldier wounded in the leg is taken onboard ...
Taliban attack NATO bases in Afghanistan
EDS NOTE GRAPHIC CONTENT- An Afghan National ...
Civil Guard pallbearers carry the coffins of ...
Taliban kill eight Afghan police: governor
Soldiers carry the coffin of Spanish Civil Guards, ...
U.S. Marines talk to medevac helicopter crew ...
Afghans protest against Spanish after deadly ...
U.S. Army Sgt. Derek Slade, of Albuquerque, N.M, ...
Derek Farley
Taliban take comfort in US withdrawal plans: ...
A man walks near the wreckage of a police vehicle ...
Nathaniel J. Shultz
The casket of Cpt. David Wisniewski, of Moville, ...
US looks to Iraq strategy for Afghanistan
Martin A. Lugo
U.S. Marines carry a comrade wounded by an improvised ...
Soldiers carry the coffin of Lance Sergeant Dale ...
U.S. Marines carry a wounded comrade to a medevac ...

7 US troops killed in latest Afghanistan fighting

KABUL, Afghanistan – Seven U.S. troops have died in weekend attacks in Afghanistan's embattled southern and eastern regions, while officials found the bodies Sunday of five kidnapped campaign aides working for a female candidate in the western province of Herat.
Two servicemen died in bombings Sunday in southern Afghanistan, while two others were killed in a bomb attack in the south on Saturday and three in fighting in the east the same day, NATO said. Their identities and other details were being withheld until relatives could be notified.
Seven US troops, politician killed in Afghan ...

29 Ogos 2010

TAUKE MELAYU TAWAR KUPON ARAK...?

Tawar cabutan bertuah arak


PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.

PELABUHAN KLANG - Melampau dan memalukan umat Islam.
Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga ialah orang Melayu.
Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

Sumber: Kosmo! Online, 29/8/2010

18 SX: GAMBAR ANAK YANG DISEMBELIH...?


Foto anak yang disembelih bapa di Sungai Budor, Kelantan. Lehernya hampir putus disembelih bapa sendiri yang menghidap penyakit mental.

Komen penulis: Awasilah anak-anak kita dengan bersungguh-sungguh kerana mereka lemah dan tidak tahu apa-apa. Kepada  keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit mental, hendaklah diawasi dan mestilah mendapat rawatan moden, bukannya bomoh ataupun dukun.

Kasihanilah anak-anak, kerana ia anugerah Tuhan yang paling besar....!

MERIAM BULUH... BAHAYA TU...?




Sebut saja hari raya pasti kita tidak akan melupakan kerenah sesetengah daripada kita yang yang menjadikan sambutan hari raya sebagai pesta bermain mercun dan sesetengahnya pula lebih ganas, iaitu bermain meriam buluh. Bermain meriam buluh ini agak popular bagi anak-anak remaja kampung walaupun permainan ini sebenarnya  salah di sisi undang-undang.

Permainan meriam buluh jelas boleh mendatangkan bahaya dan tahap bahayanya itu sehingga boleh menghilangkan nyawa seseorang. Jadi pada tahun ini, tak payahlah bersusah payah mencari buluh untuk dibuat meriam, daripada bermain meriam buluh baik kita bermain buluh dengan membakar lemang...?

How it works

A typical bamboo cannon consists of a large bamboo and a mixture of calcium carbide and water. The chemical reaction formed as a result of mixing calcium carbide with water inside the bamboo produces acetylene, an explosive gas. The acetylene explodes when a flame is introduced to the mixture. The explosion may cause severe injury if not handled carefully.
Kerosene is also used as a fuel. Less than a cup (about 200ml) of hot kerosene is poured into a small hole near the breach of the cannon. A lighting stick is used to ignite the fumes and fire the cannon. Then fresh air is blown into the small hole and the cannon is fired again. It takes some practice to make the loudest bang. The bamboo is usually around 4 to 6 inches in diameter and 4 to 5 feet long.