PILIHANKU

TAJAAN

23 Ogos 2010

INSPEKTOR TAWAN BAS PELANCONG DI MANILA...?



Bekas polis Filipina tawan bas pelancong

2010/08/23

MANILA: Seorang bekas anggota polis bersenjata raifal menawan sebuah bas bersama 25 penumpang, kebanyakan pelancong Hong Kong, di tengah Manila hari ini dalam usaha menuntut pelantikan semula. 

Enam tebusan, termasuk tiga kanak-kanak, kemudian dibebaskan.


Lelaki terbabit yang dikenali sebagai bekas Inspektor Kanan Rolando Mendoza, bersenjatakan raifal M16. 

Beliau menuntut diberi semula jawatan dalam pasukan polis setahun selepas beliau dipecat. 

Mendoza menumpang bas itu dari bandar sejarah Intramuros dan "mengisytihar beliau menjadikan penumpang sebagai tebusan" apabila bas berkenaan tiba di Taman Jose Rizal di Teluk Manila. - AP 

Sumber: Berita Harian Online, 23/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan