4 lelaki dipancung, dikelar dan digantung di jambatan Mexico
2010/08/23
CUERNAVACA, Mexico: Empat mayat tanpa kepala digantung pada satu jambatan di sebuah bandar di tengah Mexico yang dibelenggu pertelingkahan antara dua raja dadah.
Pejabat Peguam Negara bandar Morelos menyatakan kumpulan yang diketuai Hector Beltran Leyva mengakui bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dalam mesej yang ditinggalkan bersama mayat terbabit.
Mayat mangsa yang dipancung dan kelar itu digantung pada kaki awal semalam di jambatan di Cuernavaca, persinggahan popular hujung minggu bagi penduduk Mexico City.
Mesej yang ditinggalkan bersama mayat terbabit memberi amaran: "Inilah yang akan berlaku kepada semua yang menyokong pembelot Edgar Valdez Villarreal.”
Sumber: Berita Harian Online, 23/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan