PILIHANKU

TAJAAN

23 Ogos 2010

BEKAS GURU LIWAT PELAJAR...?

Bekas guru didakwa rogol, liwat pelajar

23/08/2010 8:18pm

KOTA KINABALU – Seorang bekas guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas lima pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang pelajar perempuan warga Singapura berusia 11 tahun di sebuah sekolah rendah swasta di sini.
Adrian Simon, 31, yang diwakili peguam Hairul V. Othman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.
Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua orag penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes.
Adrian didakwa merogol bekas pelajar itu sebanyak tiga kali dalam makmal sains di sekolah berkenaan antara 10 Februari dan 7 April lepas, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.
Sumber: Kosmo! Online, 23/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan