PILIHANKU

TAJAAN

27 Ogos 2010

SENGKETA SESAMA ISLAM: KEBODOHAN YANG NYATA...?

Hizbullah, Sunnah bertempur 


2010/08/26

SEORANG pengawal Hizbullah membalas tembakan di jalan raya  Burj Abi Haidar, Beirut.
SEORANG pengawal Hizbullah membalas tembakan di jalan raya Burj Abi Haidar, Beirut.
Kumpulan lari berlindung di kawasan sesak pelancong

BEIRUT: Kumpulan Syiah dan Sunnah bertempur selama lebih empat jam di tengah jalan di ibu kota Lubnan ini, bersenjatakan mesingan dan bom tangan dilancar roket, menyebabkan tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera tidak jauh dari kawasan yang sesak dikunjungi pelancong.

Kematian membabitkan seorang pegawai Hizbullah dan pembantunya, kata pegawai keselamatan.
Tembakan tercetus di antara Syiah Hizbullah dan Sunnah kumpulan Al-Ahbash berikutan satu pergaduhan di luar sebuah masjid di kawasan penduduk bercampur, Bourj Abu Haidar, kata pegawai keselamatan. 
Satu kenyataan bersama dikeluarkan kemudian oleh dua kumpulan terbabit menyatakan kejadian itu berpunca daripada satu pertengkaran peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan latar belakang politik atau puak.

Pegawai terbabit berkata Mohammed Fawaz, seorang pegawai Hizbullah dari kawasan itu dan pembantunya, Munzer Hadi terbunuh dalam pertempuran sepanjang jalan Fawaz Omeirat Al Ahbash.

Sumber: Berita Harian Online, 27/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan