PILIHANKU

TAJAAN

22 Ogos 2010

STOR MERCUN MELETUP: KANAK-KANAK TERCAMPAK SETINGGI 15M...?

Kanak-kanak maut, dua cedera parah rumah stor mercun meletup

22/08/2010 4:00pm


KUALA TERENGGANU, 22 Ogos — Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari tadi.
Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.
"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/8/2010

2 ulasan: