PILIHANKU

TAJAAN

25 Ogos 2010

BALING NAJIS KE KEDUTAAN KERJA BODOH...

Tindakan baling najis ke kedutaan kita melampau - Pemuda UMNO

24/08/2010 6:20pm

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan yang membaling najis ke pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan memijak Jalur Gemilang dalam satu demonstrasi di luar kedutaan itu petang semalam.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, walaupun tindakan melampau itu dilakukan hanya segelintir pihak sahaja dan tidak mewakili pendirian rakyat Indonesia terhadap Malaysia secara keseluruhan, insiden berkenaan dianggap telah merendahkan kedaulatan negara dan satu perbuatan yang amat jijik.

Justeru, beliau menggesa kerajaan Indonesia meningkatkan tahap keselamatan di Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan perkara itu berulang.
Beliau juga menyeru pihak media Indonesia yang dipercayai turut terlibat dalam mengapikan-apikan hubungan baik antara kedua-dua buah negara supaya melaporkan berita dengan lebih berhemah bagi menjaga keharmonian hubungan dua hala.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/8/2010

Komen penulis: Biarlah anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh...! Mereka yang terlibat memiliki hati yang busuk bak najis yang dibawa mereka. Mungkin mereka sebenarnya PATI yang diusir kerajaan Malaysia kerana masuk secara haram? Mereka masih berdendam kerana tidak boleh mencari rezeki di Malaysia...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan