PILIHANKU

TAJAAN

27 Ogos 2010

RM500 BELANJA HARI RAYA...?

CUEPACS: Terima kasih kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seorang kepada kakitangan awam dan pesara sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, pemberian itu mampu meringankan beban kakitangan awam beragama Islam yang akan menyambut kedatangan 1 Syawal tidak lama lagi.
“Kami berterima kasih  atas keprihatinan kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan sebagai persediaan awal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan