PILIHANKU

TAJAAN

31 Ogos 2010

SUSPEK LETUPAN BOM AKAN DITANGKAP...?

Suspek kes bom buatan sendiri meletup dikenal pasti

30/08/2010 10:24pm

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Suspek utama kes bom buatan sendiri yang meletup semalam, menyebabkan seorang pekerja wanita siber kafe maut dan seorang pekerja lelaki cedera parah di Cheras, dijangka akan ditahan tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, suspek, seorang lelaki yang juga merupakan seorang kontraktor berumur 45 tahun, dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh dari kawasan kejadian, suspek telah dikesan berada di situ  sewaktu kejadian itu berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi utama yang berkemungkinan suspek mungkin berada dan dijangka akan ditahan selewat-lewatnya malam ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan