Jangan biarkan isu perkauman hancurkan semua yang dibina
30/08/2010 8:27pm
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama.
"Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata.
“Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada,” kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-53 yang akan disambut esok.
Sumber: Utusan Malaysia Online,31/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan