Suspek bunuh guru tadika terus diburu
26/08/2010 4:45pm
KUALA LUMPUR – Polis percaya suspek lelaki yang dipercayai menikam rusuk kiri seorang guru tadika sehingga maut dalam satu cubaan samun di jejantas Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini semalam, masih berada di Lembah Klang.
Ketua Polis Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, usaha memburu suspek tempatan berusia lingkungan 20-an itu sedang giat dilakukan di seluruh kawasan tumpuan bagi memberkas suspek yang dikategorikan sebagai berbahaya itu.
"Kita percaya suspek tidak boleh melarikan diri dengan lebih jauh memandangkan maklumat yang kita peroleh suspek masih berada di sekitar bandar raya ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber: Kosmo! Online, 26/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan