5 maut dalam dua kemalangan
2010/08/29
KUALA LIPIS: Lima orang terbunuh, termasuk tiga beradik dalam dua kemalangan berasingan di sini dan Mersing, Johor, semalam.
Kejadian membabitkan tiga beradik, Iwana Bukhori, 15; Elyana, 9, dan Budiman, 6, berlaku kira-kira jam 10.30 pagi selepas motosikal yang dinaiki mereka bertiga tanpa memakai topi keledar, dirempuh sebuah lori di simpang tiga dekat Kilometer 17 Jalan Kerambit-Jerangsang, di sini.
Sementara itu di MERSING, pemandu sebuah lori, M Nordin Mahamud, 58, dan pemandu van, Muhamad Rafiquddin, 22, terbunuh selepas kenderaan mereka bertembung di Kilometer 36 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Balai Polis Sungai Ambat, kira-kira jam 11.40 pagi.
Sumber: Berita Harian Online, 29/8/2010
Berhati2 di jalan raya...
BalasPadamIngatlah orang yang tersayang
BalasPadam