PILIHANKU

TAJAAN

28 Ogos 2010

POLIS MAUT DILANGGAR DI BERIS KUBOR BESAR...?

Polis maut dilanggar semasa bertugas

27/08/2010 9:02pm

BACHOK – Seorang polis trafik maut selepas dilanggar sebuah kereta semasa beliau sedang bertugas di Beris Kubor Besar, tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Supt. Yahya Salleh berkata, Koperal Mohd. Razali Che Pa, 54, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu.
Beliau berkata, kejadian berlaku semasa Mohd. Razali yang lengkap berpakaian seragam sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang pemandu kereta di tepi jalan, yang baru ditahannya.
"Ketika itu tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dan melanggar Mohd. Razali, menyebabkan dia terjatuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: Kosmo! Online, 28/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan