Lima lagi maut di selatan Thailand
2010/08/29
YALA: Anggota militan disyaki menembak mati dua orang wanita dan tiga orang lelaki dalam kejadian keganasan yang semakin meningkat di selatan Thailand ketika bulan Ramadan, kata polis semalam.
Seorang lelaki beragama Buddha berusia 60 tahun dan isterinya, 52, terbunuh dalam kejadian tembakan dari kereta yang sedang melalui sebatang jalan raya petang kelmarin ketika mereka baru pulang dari pasar di wilayah Pattani. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian, kata polis.
Kemudian pada waktu malam di wilayah sama, seorang lelaki Muslim berusia 21 tahun ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal dengan ketua kampung, yang juga cedera, dalam perjalanan untuk menjalankan tugas mengawal sebuah sekolah.
Sumber: Berita Harian Online, 29/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan