PILIHANKU

TAJAAN

31 Ogos 2010

INSIDEN YANG MEMALUKAN RAKYAT INDON...?

Rumah warga Malaysia dilempar batu dalam aksi sweeping

31/08/2010 8:33pm

JAKARTA 31 Ogos - Rumah seorang jurutera Malaysia telah dilempari batu besar dalam tindakan usir atau “sweeping rakyat Malaysia” oleh sekumpulan lima lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Ketapang, Kalimantan Barat, Ahad lalu.
Difahamkan dalam insiden pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pelekat di baju dengan tulisan “Ganyang Malaysia” telah membaling seketul batu besar ke arah jurutera berkenaan yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan setelah mendengar bunyi bising di luar rumah.
Mereka menjeritkan kata-kata “You Malaysia balik!” Jurutera berusia 60 tahun itu bagaimanapun sempat menutup pintu banglonya sebelum batu berkenaan menghentam pintu tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan