PILIHANKU

TAJAAN

19 Ogos 2010

KAMI PRIHATIN GAGAL...?


PARA pelajar Politeknik Kota menunjukkan lencana "Kami Peduli, Generasi Halal" ketika pelancaran kempen Kami Prihatin, anjuran Puteri UMNO Melaka, di Malim, Melaka, 18 Ogos. - Utusan/GAIE UCHEL

Komen penulis: Sehingga kini kempen Kami Prihatin gagal membendung gejala kes pembuangan bayi yang semakin meningkat. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja dua atau tiga kes pembuangan bayi yang dilaporkan. Ini tidak termasuk yang tidak dapat dikesan. Biasanya jika semua kes ini diambil kira sama ada yang dilapor atau yang gagal dikesan, mungkin jumlahnya lebih menakutkan.

Penulis rasa kita kena ubah cara dan kaedah bertindak. Dan cara yang paling berkesan agaknya ialah penerapan pendidikan Islam ke dalam jiwa remaja perlu diambil berat. Ibu bapa mestilah mengawasi perlakuan dan cara pergaulan anak-anak. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab...?

Sumber: Foto Utusan Malaysia Online, 19/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan