PILIHANKU

TAJAAN

09 September 2010

1 MAUT, 4 CEDERA ANGKARA LUMBA HARAM...?

Mati dipercayai terbabit lumba kereta haram

2010/09/09

KANGAR: Seorang lelaki maut, manakala empat yang lain cedera termasuk dua orang parah dalam satu kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada aktiviti lumba kereta haram di kilometer 3, Jalan Raja Syed Alwi, di sini, malam kelmarin. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam selepas dua buah kereta masing-masing jenis Proton Satria dan Proton Putra dikatakan berlumba antara satu sama lain, terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain.
Berdasarkan maklumat, Proton Putra itu dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina tetapi gagal sebelum bergesel dengan kereta terbabit, menyebabkan Proton Putra melambung dan menghempap sebuah kereta jenis Hyundai Matrix yang datang dari arah bertentangan.

Sumber: Berita Harian Online, 9/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan