PILIHANKU

TAJAAN

08 Ogos 2010

MALAYSIA TOLAK TUNTUTAN INDONESIA...?

PORT DICKSON 7 Ogos - Malaysia menolak permintaan Indonesia untuk menetapkan gaji minimum RM800 bagi pembantu rumahnya kerana negara ini sendiri tidak mempunyai struktur gaji minimum.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu antara penyebab Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dengan Indonesia mengenai pembantu rumah belum dapat dimuktamadkan.
"Di Malaysia, kita belum mengamalkan konsep gaji minimum ini. Kita punya pendirian memang dari dahulu, gaji diasaskan oleh kuasa pasaran dan itulah dasar kerajaan pada masa sekarang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan