PILIHANKU

TAJAAN

08 Ogos 2010

2 RAKYAT MYANMAR MAUT KERANA DITETAK RAKAN...?

Dua rakyat Myanmar maut ditetak rakan

07/08/2010 6:31pm

IPOH - Dua orang lelaki warga Myammar maut selepas ditetak rakan mereka dengan sebilah kapak di sebuah rumah di Menglembu di sini awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada selisih faham mengenai wang.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi itu kedua-dua orang mangsa mengalami cedera parah di perut dan kepala dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
"Polis masih gagal mengesan identiti kedua-dua mangsa berikutan tiada penemuan sebarang pengenalan diri dan pasport di kediaman mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: Kosmo! Online, 8/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan