PILIHANKU

TAJAAN

04 September 2010

TOK GURU ULAS HUKUM HUDUD...?

Nik Aziz yakin hudud diterima

2010/09/04

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yakin hudud akan diterima walaupun mendapat tentangan termasuk daripada parti komponen dalam pakatan pembangkang sendiri. 

Beliau berkata, hudud belum menjadi kebiasaan kerana belum pernah dengar mengenainya selain orang Islam sendiri yang tidak mahukan hukuman itu. "Saya tetap yakin hudud akan diterima seperti yang berlaku kepada politik Islam yang sebelum ini ditentang pihak tertentu.

"Sekarang kita (PAS) hanya membuat `windows (jendela) untuk membolehkan perkara ini (hudud) diketahui ramai sebelum membuat pintu untuknya nanti. Saya pasti ia (hudud) akan diterima kerana kini banyak kejadian rogol dan zina. Hanya hudud dapat mengatasi kejadian seperti itu," katanya dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini semalam. 

Sumber: Berita Harian Online, 4/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan