Obama tak jadi tutup penjara Guantanamo
WASHINGTON - Inisiatif Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk segera menutup penjara Teluk Guantanamo punah apabila beliau menandatangani satu rang undang-undang semalam yang melarang para tahanan penjara berkenaan dibawa ke AS untuk dibicarakan.
Obama yang berulang kali berikrar untuk menghadapkan para tahanan tersebut ke mahkamah-mahkamah awam AS, memberikan alasan beliau tiada pilihan tetapi terpaksa menandatangani rang undang-undang tersebut pada tahun ini.
"Saya meluluskannya bersama beberapa rang undang-undang penting lain yang turut melibatkan aktiviti ketenteraan bagi melancarkan pentadbiran pada tahun fiskal 2011," katanya.
Rang undang-undang tersebut turut melarang tahanan-tahanan Teluk Guantanamo dihantar ke negara-negara di luar AS untuk dibicarakan.
Penjara berkenaan yang dibina di Teluk Guantanamo, Cuba pada 2002 bagi menempatkan suspek-suspek pengganas, masih menahan sekitar 174 orang tahanan setakat November 2010. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 9/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan