JIKA Malaysia bangga dengan Putrajaya, Seoul pula bangga dengan kawasan segi tiga emasnya yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Bebas yang terletak di daerah Incheon. Incheon, yang terletak di tepi laut merupakan tempat bersejarah Korea kerana ia merupakan tempat pertama pendaratan tentera Amerika sewaktu berlakunya Perang Korea satu masa dulu.
Incheon juga merupakan pintu masuk Korea Selatan kerana di situlah terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang dibina di atas Pulau Yeongjong. Pulau itu disambungkan melalui jambatan Incheon, sepanjang 21 kilometer (km) sekali gus menjadikannya jambatan kelima terpanjang di dunia.
Kunjungan kali kedua ke Seoul baru-baru ini membuatkan penulis kagum kerana Incheon cepat berubah dari segi pembangunan. Sempat bermalam di andar Incheon selama dua malam, bandar Incheon tidak sesibuk berbanding Seoul.
Apa yang ingin penulis kongsikan ialah keunikan pembangunan Incheon dan kawasan sekitarnya. Ini termasuklah tiga daerah utama iaitu Songdo, Cheongna dan Yeongjong. Tiga kawasan itu dibangunkan melalui pembangunan Zon Ekonomi Bebas dan ia dijanjikan menjadi bandar masa depan Korea Selatan.
Sumber: Kosmo! Online, 8/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan