Gambar dari Kosmo! Online
4 ditembak mati
KUANTAN 5 Julai – Empat daripada lima penjenayah yang memecah masuk rumah seorang Exco kerajaan negeri Pahang, mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri di Taman Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek di sini awal pagi ini.
Ketika kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat sekeluarga sedang berada di tingkat atas rumah banglo dua tingkat miliknya itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, Wan Adnan menyedari kehadiran penjenayah yang dipercayai serpihan ‘Geng Tong Gas’ cuba memasuki rumahnya dengan mengumpil pintu bahagian tepi rumahnya menggunakan sebatang besi pengumpil tayar.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan