KEADAAN kereta dipandu oleh Azizi Syeh yang terhumban dari jejambat di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Sungai Buloh semalam.
SUNGAI BULOH - Seorang pemilik perniagaan percetakan maut dalam keadaan mengerikan selepas kereta Citroen yang dipandunya terbabas lalu terjunam dari jejambat di Kilometer 456.2 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Azizi Syeh Mohd. Jailani, 27, mati di tempat kejadian selepas besi penghadang jalan tertusuk perutnya.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo! Online, 6/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan