PILIHANKU

TAJAAN

04 Jun 2010

ANAK TIKAM LEHER AYAH: Angkara Syabu...?

Tusuk leher ayah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/06/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Angkara seorang anak, seorang bapa berusia awal 40-an cedera parah di leher selepas ditikam dengan gunting ketika bergelut di rumah mereka di Jalan 9, Jinjang Utara di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa ditikam menggunakan gunting selepas suspek yang berusia awal 20-an mengamuk  kerana dilarang menghisap dadah jenis syabu di kediaman berkenaan.


Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang, bapa terbabit bertengkar dengan anaknya sehingga dua beranak terbabit bergelut.



Menurut sumber, selepas bergelut kira-kira 20 minit, suspek tiba-tiba meluru masuk ke biliknya.



“Suspek kemudian mengambil sebilah gunting sebelum menerkam ke arah bapanya dan menikam lelaki berkenaan sebaik keluar dari bilik berkenaan.



“Mangsa yang terkena tikaman di leher itu terjatuh sebelum menjerit meminta tolong,” katanya.
Ubah suai daripada Harian Metro Online, 4/6/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan