PILIHANKU

TAJAAN

24 Jun 2010

DASAR PELAJARAN TIDAK DIBUAT TERGESA-GESA...?

TPM nafi dasar pelajaran dibuat secara tergesa-gesa

KUALA LUMPUR 23 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa dasar pelajaran negara dibuat secara tergesa-gesa tanpa perancangan khusus, malah ia kononnya kerap dipinda apabila menterinya bertukar.
Sambil merujuk kepada cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian mengenainya telah dibuat sejak 2007 lagi melibatkan pakar-pakar pendidikan di Kementerian Pelajaran.

"Tidak timbul isu kita buat secara tergesa-gesa atau ad-hoc kerana ia telah diteliti secara mendalam sebelum ini sejak 2007 lagi kerana dasar pelajaran kita dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding negara maju lain.
"Saya sebagai Menteri Pelajaran buat pengumuman bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyat yang akan digunakan sebagai pelengkap dan kayu ukur kepada cadangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab celahan ahli-ahli Parlimen semasa menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-9) bagi peringkat Kementerian Pelajaran di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Antara yang mencelah mempersoalkan dasar pelajaran yang dikatakan tidak konsisten itu ialah Datuk Ibrahim Ali (Bebas - Pasir Mas)Che Uda Che Nik (Pas - Sik) dan M. Kulasegaran (DAP - Ipoh Barat).

Sumber: Utusan malaysia Online, 24/6/2010
Komen penulis: 
Jika ditukar kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah, maka akan jadilah seperti Peperiksaan Ujian Lisan BM dan BI  peringkat PMR dan SPM yang telah hilang nilai dan krediblitinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan