Kepulauan Solomon dilanda gempa kuat
26/06/2010 4:41pm
KUALA LUMPUR 26 Jun - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon di Papua New Guinea pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini menyatakan bahawa pusat gempa adalah 10.6 darjah Selatan dan 161.6 darjah Timur iaitu 220 km dari tenggara Honiara, Kepulauan Solomon dan 5,092km dari tenggara Kunak, Sabah.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami. - Bernama
Sumber: Utusan Malysia Online, 26/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan