30 Jun 2010
SINGAPURA
Rakan pelakon dan peminat tidak putus-putus
ziarah S. Shamsudin
Oleh
Nuradilah Mahbob
DENGAN radio di bahu memainkan lagu asli kegemarannya, Perigi Biru, beliau akan berjoget
dan menyanyi di dapur untuk menyakat isterinya yang sedang memasak.
Namun sejak pelakon veteran S. Shamsudin jatuh sakit pada 2008,
beliau sedikit pun tidak mengendahkan lagu M. Daud Kilau itu apabila ia sengaja dimainkan
anaknya, Cik Noredah, 49 tahun.'Beliau dah banyak berubah, tak macam dulu, suka mengusik sampai saya naik mengamuk,'
kata isterinya, Cik Puteh Ismoon, 74 tahun.S. Shamsudin, yang kini dipanggil Pak Sudin, dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra
setelah jatuh ketika bangun dari katil di rumah anak bongsunya, Encik Mohd Ariffin,
di Bukit Batok Ahad lalu.Apabila Berita Harian menziarahinya semalam, beliau, yang sedang tidur,
kelihatan amat kurus, tidak bermaya dan menggunakan alat bantuan pernafasan.Ahad lalu, doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan paru-paru.
Sumber: Berita Harian Singapura Online, 30/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan