PILIHANKU

TAJAAN

30 Jun 2010

SUAMI CUT TARI SERBA SALAH...?

Yusuf belum mahu dakwa Cut Tari berzina

2010/06/30

JAKARTA: Suami Cut Tari, Yusuf Soebrata berada dalam keadaan serba salah berhubung
skandal seks isterinya, Cut Tari.
YUSUF menemani isterinya ketika disoal siasat oleh polis, semalam.
YUSUF menemani isterinya ketika disoal siasat oleh polis, semalam.
Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai perzinaan isterinya
walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya.
“Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaa Cut dengan Ariel,
bukan saja Ariel, malah isterinya juga akan berdepan dengan
masalah yang lebih berat,” kata seorang anggota polis yang turut
terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan penyanyi
utama kumpulan Peterpan, Ariel, Cut dan seorang lagi selebriti, Luna Maya.
 “Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu
menyebabkan Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina,” katanya.

Sementara itu, Cut disoal siasat buat kali kedua semalam.
Akhbar Internet, Detikhot, melaporkan pengacara televisyen yang juga pelakon
terkenal itu berada di ibu pejabat polis di Jakarta selama sembilan jam.
Cut yang enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan wartawan
bergegas memasuki keretanya sambil ditemani Yusuf. - Agensi

Sumber: Harian Metro Online, 30/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan