PILIHANKU

TAJAAN

30 Jun 2010

GILA PIALA DUNIA: ANAK TIRI DIBUNUH...?

Bunuh anak tiri tak henti menangis


2010/06/30

CHICAGO: Seorang lelaki Texas dilaporkan membunuh anak tiri perempuannya berusia dua tahun kerana mangsa tidak berhenti menangis ketika dia menonton satu perlawanan Piala Dunia. 

Hector Castro, 28, memukul kanak-kanak itu dengan ganas sehingga memecahkan tulang rusuknya sebelum melemas-kannya ketika perlawanan di antara Amerika Syarikat dan Ghana Sabtu lalu, lapor The McAllen Monitor.
Dia kemudian membenamkan skru pada tekak budak itu untuk cuba menjadikannya satu kemalangan sebelum menelefon ambulans, menurut akhbar Texas terbabit.

Sumber: Berita Harian Online, 30/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan