PILIHANKU

TAJAAN

29 Jun 2010

TANJUNG PAGAR: KERAJAAN TIDAK JUAL KEPADA SINGAPURA...?

Kerajaan nafi jual tanah KTMB kepada Singapura

2010/06/29

KERAJAAN menafikan dakwaan pihaknya menjual tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada Singapura kerana tanah berkenaan sememangnya milik negara berkenaan sejak 1918. 

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem berkata, tanah itu dipajakkan oleh kerajaan Negeri Selat kepada kerajaan Negeri Melayu Bersekutu pada 25 Oktober 1918 melalui Singapore Railway Transfer Ordinance bagi tujuan perkhidmatan rel.



Katanya, tanah yang dipajak di Tanjung Pagar itu seluas 175.74 hektar termasuk 142.66 hektar yang dipegang Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh pajakan 999 tahun dan 33.08 hektar bagi pajakan selama-lamanya.
Tanah yang dipajakkan itu ditetapkan untuk perkhidmatan rel saja dan jika tidak digunakan, maka tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri Selat iaitu Singapura tanpa sebarang pampasan, katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian). 

Salahuddin bertanya mengapa Malaysia tidak mengambil pendekatan pakej pertukaran berhubung isu penyerahan tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura kerana terdapat beberapa isu yang tertunggak antara kedua-dua buah negara termasuk isu air, ruang udara dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF). 

Sumber: Berita Harian Online, 29/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan