PILIHANKU

TAJAAN

26 Jun 2010

SELEPAS SEBULAN TAMAT KURSUS DI POLITEKNIK...?

Pelajar Politeknik terbunuh selepas motosikal 

dirempuh lori

2010/06/25
IPOH: Seorang penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang baru sahaja menamatkan
kursusnya dalam bidang kejuteraan bulan lalu terbunuh selepas motosikal yang
ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Jalan Simpang Empat-Semanggol, Kerian, semalam.
Ketua polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata
Muhammad Akmal Rosli, 20, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang
semalam akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, ketika kejadian pelajar yang berasal dari Kuala Kurau itu dikatakan
sedang menghala kearah Taiping apabila motosikalnya dirempuh oleh lori
dari arah bertentangan, menyebabkan Muhammad Akmal bersama motosikalnya diseret
sehingga kira-kira 30 meter.

"Mayatnya dihantar ke hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. Pemandu lori itu pula,
Roslan Latih, 43, yang berasal dari Kulim, Kedah, tidak mengalami sebarang kecederaan,"
katanya ketika dihubungi hari ini.

Mat Fauzi berkata kes itu sedang disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,
dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan