PILIHANKU

TAJAAN

24 Jun 2010

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKATAN KELANTAN...?

4 dipilih Tokoh Guru Kelantan

Mustapa Mohamed (tengah) beramah mesra dengan empat penerima tokoh guru pada Majlis Perayaan Hari Guru Ke-39 Peringkat Negeri Kelantan 2010 di SMK Agama Falahiah, Pasir Pekan,Tumpat, semalam.


KOTA BHARU 23 Jun – Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Halim Haron, 64, dipilih sebagai Tokoh Guru Kelantan 2010 bersama tiga lagi bekas warga pendidik sempena sambutan perayaan Hari Guru peringkat negeri ke-39.
Turut diberikan penghormatan dengan anugerah yang sama ialah bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Idris Muhamood, 65; bekas guru besar, Tuan Ghazali Tuan Long, 58, dan bekas penolong kanan, Datin Rahimah Mahamad, 57.

Selain perkhidmatan dalam bidang pendidikan, kesemua mereka aktif dalam gerak kerja kemasyarakatan dengan menerajui pertubuhan-pertubuhan tertentu sehingga kini.
Masing-masing menerima piala, sijil dan wang tunai RM3,000 yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Falahiah, Pasir Pekan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/3/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan