PILIHANKU

TAJAAN

27 Jun 2010

TUMPAT TERBAKAR...?

Tujuh kedai sederet terbakar

NORAINI Salleh (kiri) bersama rakan memeriksa barangan di dalam kedainya yang musnah dijilat api dalam kebakaran di Tumpat, awal pagi semalam.


TUMPAT 26 Jun – Tujuh orang peniaga termasuk seorang ibu tunggal hilang mata pencarian selepas tujuh buah rumah kedai sederet berdekatan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Wakaf Bharu dekat sini terbakar awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 1.38 pagi itu, kesemua mangsa tiada di premis masing-masing kecuali sebuah keluarga, bagaimanapun mereka dapat menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaacob Abdullah ketika dihubungi di sini hari ini berkata, kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM300,000.
“Seramai 19 orang anggota bomba dan penyelamat dari Tumpat, Darul Naim dan Pengkalan Kubor telah dikejarkan ke tempat kejadian bersama tiga buah jentera.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan