PILIHANKU

TAJAAN

24 Jun 2010

GERHANA BULAN SABTU INI...?

Gerhana bulan Sabtu ini




2010/06/24
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel  Kecilkan Saiz Teks 
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa
antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini. Gerhana bulan itu akan
bermula jam 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan
bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. 

Gerhana ini hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada jam 7.22 malam,
kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa),
semalam. Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada
masa sama bulan melintasi bayang bumi. Kali terakhir gerhana bulan separa
berlaku pada 1 Januari lalu. Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk
orang awam  menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga
10 malam di planetarium Negara.

Sumber: Harian Metro Online, 24/6/2010

1 ulasan:

  1. thanks.. set my reminder boleh pegi solat sunat gerhana...

    BalasPadam