Polis elak dicekup maut jatuh tingkat tiga hotel
2010/06/27
KOTA BHARU: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas cedera parah dipercayai terjatuh daripada tingkat tiga sebuah hotel, di sini, awal pagi semalam.
Mangsa yang bertugas di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri ini meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa dipercayai pergi ke sebuah hotel dekat sini untuk berjumpa seorang kenalannya sebelum didatangi sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) yang membuat pemeriksaan.
Ketika pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JAHEAIK hanya menemukan seorang wanita berada di dalam bilik hotel berkenaan.
Bagaimanapun, penguat kuasa melakukan tinjauan di kawasan bilik itu mendapati seorang lelaki terbaring di jalan belakang hotel dipercayai akibat terjatuh.
Sumber: Berita Harian Online, 27/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan