PILIHANKU

TAJAAN

23 Jun 2010

VIDEO PORNO: ARIEL SERAH DIRI...?

Ariel serah diri kepada polis

JAKARTA 22 Jun - Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis kerana disyaki terlibat dalam pembuatan video lucahnya bersama dua orang artis wanita lain.
Penolong Pegawai Perhubungan Awam Polis Indonesia, Brigadier Zainuri Lubis berkata, Ariel ditahan selama 24 jam untuk disoal siasat ketika menyerah diri pada pukul 3 petang ini.
"Ariel menyerah diri dengan dihantar oleh peguamnya dan kini ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah," katanya Zainuri di sini hari ini.
Zainuri berkata, polis tetap mengeluarkan perintah penahanan Ariel walaupun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Indonesia di Jakarta.
Menurut beliau, penahanan lanjut hanya akan diputuskan kemudian berdasarkan siasatan yang dijalankan.
"Jika perlu untuk siasatan lanjut, jadi dia akan ditahan," jelas Zainuri.
Zainuri menambah kata, kekasih Ariel, Luna Maya, mahupun seorang lagi artis Cut Tari yang juga disyaki terlibat di dalam video lucah itu masih belum dikeluarkan surat perintah tahanan kerana mereka dianggap sebagai mangsa.
Bagaimanapun, kata beliau, status itu mungkin berubah dan ini bergantung kepada hasil siasatan ke atas Ariel.
Selain itu, Zainuri berkata, polis juga menyoal siasat bekas anggota band Peterpan, Andhika yang menjadi saksi kes berkenaan.
Ketiga-tiga artis itu boleh diambil tindakan mengikut Undang-Undang Nombor 44 Tahun 2008 tentang pornografi dengan hukuman penjara 12 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan