PILIHANKU

TAJAAN

30 Jun 2010

BANYAKNYA ANAK LUAR NIKAH...?

Gambar hiasan...?

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan - IIM

IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.
Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.
''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya.
''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/6/2010

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    ini menunjukkan institusi kekeluargaan dah rosak dan semakin parah..

    ibu bapa sibuk mencari duit-mengabaikan nilai teladan dan nilai murni yang sepatutnya dicurahkan kepada anak2

    penyalahgunaan teknologi - porno/elemen keganasan tersebar meluas tanpa batasan, dan kanak2/remaja yg menonton tidak dapat mentafsir mana baik/mana buruk

    nilai2 Islam yg semakin ditinggalkan, dalam 24jam, hanya 25 minit shj digunakan untuk mengingati Yang Maha Esa - 5min 1 waktu..tu pon, kalau semayang la..


    bnyk lg punca2 yang boleh dibincangkan, cuma apa yang perlu diingat, semua ini adalah tanda2 akhir zaman..:)..

    sekadar peringatan untuk semua dan diri sendiri..maaf jika terkasar bahasa..:)

    BalasPadam