PILIHANKU

TAJAAN

28 Jun 2010

BOM ATOM: BUKTI KEKEJAMAN MANUSIA...?

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan PresidenHarry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandar raya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.
Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.[1] Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga terkorban keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan bilangan sebenar yang terkorban. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.[1][2][3] Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.[2] Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000[4] hingga 75,000 orang.[5] Di kedua-dua buah bandar raya itu, sebahagian besar kematian merupakan rakyat biasa.[6][7][8] Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.
Sumber: Ubah suai daripada Wikipedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan