PILIHANKU

TAJAAN

27 Jun 2010

FRIENDS OF PAKATAN KINI DI LONDON...?


Friends Of Pakatan Ditubuhkan Di London

KUALA LUMPUR 26 Jun - Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut ialah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.
Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kota raya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).
Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

Sumber: Suara-Keadilan.com, 26/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan