PILIHANKU

TAJAAN

27 Jun 2010

FITNAH: KDN MINTA KETERANGAN EDITOR SUARA KEADILAN...?

KDN panggil Editor Suara Keadilan

KULIM 26 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil pengurusan dan editor kanan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan untuk memberi keterangan berhubung penyiaran laporan berunsur fitnah berkaitan kerugian Felda.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, editor kanan akhbar tersebut dipanggil hadir ke pejabat KDN di Putrajaya, semalam.
“Tindakan ini dibuat berhubung penyiaran laporan tidak berasas dan tidak benar berkaitan Felda yang dikatakan mengalami kerugian besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini.
Akhbar Suara Keadilan pada 22 hingga 29 Jun itu menyiarkan berita muka hadapannya dengan tajuk Felda Bankrap dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran sama.

Sumber: Suntingan daripada Utusan Malaysia online, 27/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan