PILIHANKU

TAJAAN

23 Jun 2010

MAUT DIGILIS TRAKTOR...?

Murid 12 tahun maut digilis traktor

23/06/2010 12:11pm

IPOH - Seorang murid berusia 12 tahun terbunuh selepas digilis sebuah traktor di Kampung Permatang Raja, Padang Gajah, Taiping semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, Mohd. Redzuan Mansur yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika Mohd. Redzuan yang menaiki basikal dalam perjalanan pulang dari sekolah.
"Ketika sampai di tempat kejadian dia digesel sebuah traktor yang membawa muatan kelapa sawit menyebabkannya terjatuh dan digilis tayar traktor itu," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat manakala pemandu traktor berusia 30an itu ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 23/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan