PILIHANKU

TAJAAN

06 Jun 2010

BOLA SEPAK BAWAH 14 TAHUN : Malaysia menang 3 - 0

Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0
KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia menewaskan Vietnam 3-0 dalam

perlawanan pada Pesta Gabungan Bola sepak Asia (AFC) Asia Tenggara 2010 bawah 14 tahun di Stadium Likas di sini, Sabtu.

Malaysia, yang dibarisi oleh sembilan pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar, melakukan serangan demi serangan pada kebanyakan separuh masa pertama.

Muhd Aiedil Shafiq membuka jaringan bagi Malaysia menerusi satu sepakan penyudah yang baik pada minit ke-12.

Akram Asidi yang menerima hantaran daripada Muhd Aiedil berjaya menembusi barisan pertahanan Vietnam untuk menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-34.

Akram menjadi wira pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol ketiga negara pada minit ketiga separuh masa kedua.

Malaysia akan bertemu Singapura pada Ahad dan perlawanan terakhir berhadapan Laos pada sebelah petang.

Sumber daripada BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan