PILIHANKU

TAJAAN

16 Ogos 2010

KEPALA SURAT DAP SELANGOR...?

Imej DAP Korup Semakin Terserlah

Para penganalisis politik berbeza pendapat tentang sama ada kekecohan berhubung isu penyalahgunaan kepala surat DAP di Selangor baru-baru ini akan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat itu.
Dr Sivamurugan Pandian percaya isu itu boleh menjejaskan imej DAP, tetapi James Chin pula berpendapat sebaliknya.
Kekecohan itu tercetus selepas anggota Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock didapati menggunakan kepala surat DAP kepunyaan anggota exco Selangor Ronnie Liu untuk menulis surat sokongannya. Akibat perbuatan itu, Tee dipecat daripada jawatannya.
Berikutan isu itu, DAP turut memecat Tee daripada parti itu, manakala Liu pula diberi amaran keras oleh jawatankuasa disiplin parti kerana gagal mengurus pejabatnya seperti yang diharapkan oleh orang ramai.
Jawatankuasa itu juga meminta speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan atau berkomunikasi melalui ‘tweeter’ setelah beliau didapati menyebarkan maklumat melalui perkhidmatan itu, dengan menulis ‘OMG, the real culprit freed’, berikutan pemecatan Tee.

Sumber: UMNO Online, 16/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan