PILIHANKU

TAJAAN

03 Jun 2010

ISU HALAL: JAKIM Mahu Gempur Hotel...?

JAKIM mahu gempur hotel periksa sijil halal


2010/06/03

Elak pelancong terpedaya dengan logo tak diiktiraf 

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggempur hotel di seluruh negara bagi memastikan premis berkenaan memiliki sijil halal yang diiktiraf.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata pendekatan itu perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan pengunjung dan pelancong luar negara beragama Islam di samping menjaga nama baik industri pelancongan negara.
“Kita akan mengadakan kempen menggempur ini supaya semua pengusaha hotel memperoleh sijil halal daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri. 

“Kita tidak mahu pelancong dari luar terutamanya dari Timur Tengah yang mula datang beramai-ramai sekarang terpedaya dengan promosi makanan yang ditawarkan hotel, tetapi mereka tidak mempunyai sijil halal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Daripada semakan di laman web e-halal JAKIM, hanya 60 dapur hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal JAKIM sedangkan bilangan hotel di Malaysia mencecah lebih 2,000. 

Sumber suntingan daripada  BERNAMA, 3/6/2010 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan