PILIHANKU

TAJAAN

08 Jun 2010

LOMPAT TIKAM KELATE: Marilah cuba...?

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih lompat tikam mempunyai dua bahagian, iaitu tepung yang biasanya bewarna hijau dan santan yang bewarna putih serta pulut yang biasanya berwarna merah.. Kuah santan dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
RESEPI
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
8 cawan air
Pati pandan
2 cawan santan pekat
2 sudu tepung gandum
5 sudu gula
5 sudu air
Secubit garam
Cara-cara:
Langkah 1
Masukkan 8 cawan air ke dalam 2 cawan tepung beras dan masakkan di atas api yang sederhana, masukkan pati pandan dan dikacau sehingga likat. Setelah itu bolehlah di masukkan tepung yang telah likat ke dalam loyang.
Langkah2
Masakkan santan pekat sehingga likat bersama secubit garam. Masukkan juga 2 sudu tepung gandum. Setelah pekat bolehlah di letak ke dalam loyang tepung beras tadi.
Langkah 3
Panaskan gula melaka atau nisan dengan sedikit air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan