PILIHANKU

TAJAAN

07 Jun 2010

SU-30MKM DISELENGGARAKAN AIROD SDN. BERHAD...?

Sukhoi diselenggara Airod, kos turun 50 peratus

2010/06/07

SU-30MKM

KUALA LUMPUR: Kontrak penyelenggaraan dan membaik pulih jet pejuang Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang sebelum ini ditawarkan kepada ejen atau "orang tengah" di Malaysia serta Russia telah dihentikan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata, kerja penyelenggaraan dan membaik pulih pesawat buatan Russia itu kini akan dikendalikan oleh syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih tempatan, Airod Sdn Bhd.
"Dengan langkah-langkah yang kami lakukan, kos menyelenggara dan membaik pulih alat ganti dikurangkan ke tahap 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Crecom Burj Resources Limited dan IRKUT Corporation di sini hari ini.
Sumber: Berita Harian Online, 7/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan